Covid-19: 958 kes baru, 3 kematian, 110 di ICU
  • 3 years ago
Bilangan kes baru Covid-19 kembali kepada tiga digit hari ini dengan catatan 958 kes dalam tempoh 24 jam setakat tengahari tadi berbanding 1,290 semalam.

Sabah terus mengatasi negeri-negeri lain dengan 512 kes.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah, Kuala Lumpur, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan di Malaysia setakat ini adalah 13,221 kes.

3 lagi kematian dilaporkan hari ini menjadikan jumlah kematian mencecah 329 kes.