Covid-19: 865 kes baru, 3 kematian, 99 dalam ICU
  • 4 years ago
Malaysia telah mencatatkan 865 kes baru Covid-19 hari ini, termasuk tiga lagi kematian, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah.

Daripada jumlah itu, 858 daripadanya adalah kes penularan tempatan dan tujuh lagi kes impot.

Jumlah kes keseluruhan setakat ini adalah 21,363 kes dengan 7,456 kes aktif .

Sabah terus mencatatkan kes tertinggi dengan 643 kes diikuti oleh Selangor (107) dan Labuan (34).

Seramai 99 pesakit sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) hari ini dan 32 daripadanya memerlukan bantuan alat pernafasan.

Sementara itu menurut Dr Noor Hisham, seramai 405 kes sembuh dilaporkan hari ini.