Covid-19- 847 kes baru, 5 kematian, 90 di ICU
  • 4 years ago
Kes jangkitan Covid-19 di negara ini terus merekodkan angka yang tinggi dengan sebanyak 847 kes baru dilaporkan setakat tengah hari tadi.

Sabah terus merekodkan angka tertinggi dengan 578 kes, dikuti Selangor (137), Negeri Sembilan (38), Labuan (29) dan dan Kuala Lumpur (23 kes).

Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah dalam sidang media di Putrajaya hari ini turut memaklumkan seramai 486 pesakit telah sembuh sepenuhnya.

Sementara itu menurutnya seramai 90 pesakit sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), di mana 29 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Lima lagi kematian diumumkan menjadikan jumlah kematian meningkat kepada 204 kes.