Covid-19- 972 kes baru, 8 kematian, 1,345 sembuh
  • 3 years ago
Sebanyak lapan kematian dan 972 kes baru Covid-19 dilaporkan setakat jam 12 tengah hari ini, maklum Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah.

Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes sebanyak 41,181 kes dengan 11,308 kes aktif.

Sementara itu Dr Noor Hisham turut mengumumkan seramai 1,345 pesakit Covid-19 sembuh hari ini.

Sabah mencatatkan 370 kes baru hari ini diikuti oleh peningkatan kes di Negeri Sembilan iaitu 260 kes dan Selangor sebanyak 137 kes.