Covid-19: Satu lagi korban, 40 kes baru, 67.9% sembuh
  • 4 years ago
Malaysia mencatatkan satu lagi kematian akibat Covid-19, menjadikan jumlah keseluruhan korban akibat wabak itu di negara ini ialah sebanyak 99.

Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah juga memaklumkan 40 lagi kes baru dilaporkan setakat tengah hari tadi, menjadikan jumlah jangkitan yang direkodkan ialah sebanyak 5,820 kes.

Mengambil kira 3,957 atau 67.9 peratus yang telah sembuh termasuk 95 lagi hari ini, jumlah kes aktif Covid-19 di Malaysia ketika ini ialah 1,764 kes.