Malaysia catat 3 lagi korban, 156 kes baru
  • 4 years ago
Jumlah kematian akibat Covid-19 terus meningkat, dengan kini sebanyak 37.

Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah dalam sidang media hari ini memaklumkan bahawa korban ke-36 merupakan lelaki warganegara Malaysia berumur 47 tahun.

Lelaki berkenaan yang merupakan pesakit ke-1,941 telah dirawat di Hospital Umum Sarawak pada 23 Mac 2020 sebelum disahkan meninggal dunia padajam 8.10 pagi tadi.

Kes kematian ke-37 pula melibatkan pesakit kes-2,471 yang merupakan wanita warganegara Malaysia berumur 46 tahun.

Pesakit itu mempunyai latar belakang penyakit darah tinggi dan penyakit autoimun dan dirawat di hospital di Miri Sarawak, sebelum meninggal dunia pada 9.02 pagi tadi.

Noor Hisham juga memaklumkan bahawa setakat tengah hari tadi, sebanyak 156 kes baru, yang menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan di Malaysia adalah sebanyak 2,626 kes.