Covid-19 di Malaysia: 2 lagi korban, 51 kes baru, 65.5% pulih
  • 4 years ago
Malaysia mencatatkan dua lagi kematian berkaitan Covid-19, menjadikan jumlah keseluruhan korban akibat wabak itu di negara ini ialah 98.
Dalam sidang media hari ini, Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan bahawa sebanyak 99 lagi kes pulih dicatatkan, menjadikan jumlah keseluruhan yang sembuh sepenuhnya ialah 3,762 atau 65.5 peratus.

Noor Hisham juga memaklumkan bahawa 51 kes Covid-19 baru turut dilaporkan setakat tengah hari tadi. Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes yang pernah dicatatkan ialah 5,742.

Mengambil kira pesakit yang sudah pulih, jumlah kes aktif di Malaysia ialah 1,882. Mereka sudah diasingkan dan kini menerima rawatan.

https://www.malaysiakini.com/news/522514