Covid-19: Dua kematian baru, 57 lagi positif, 69.5% pulih

  • 4 years ago
Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah hari ini mengumumkan 84 lagi pesakit pulih, menjadikan jumlah keseluruhan yang telah sembuh daripada jangkitan itu ialah 4,171 atau 69.5 peratus.

Dua kematian dilaporkan hari ini menjadikan jumlah kematian sebanyak 102 orang.

Setakat jam 12 tengahari, Malaysia mencatatkan 57 kes baru yang menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 6,002 kes.