Covid-19: 3,973 kes baru, 22 lagi kematian
  • 3 years ago
Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah hari ini melaporkan 3,973 kes baru, berbanding 3,807 kes semalam.

Selangor mencatatkan kes tertinggi iaitu 1,328 kes diikuti oleh Kuala Lumpur 463 kes dan Johor 384 kes.

Ini menjadikan kes aktif setakat ini adalah sebanyak 38,499 kes.

Terdapat 22 kes kematian baru dilaporkan pada hari ini.