Covid-19: 2,936 kes, 13 lagi kematian
  • 3 years ago
Sebanyak 2,936 jangkitan baru Covid-19 dilaporkan hari ini, maklum KKM.

Sementara itu, Johor mencatatkan kenaikan mendadak kes baru dengan 730 jangkitan, berbanding semalam dengan 426 kes baru.

Selangor terus mendahului jangkitan tertinggi dengan 978 kes, tetapi pertama kalinya mencatatkan kes harian menurun bawah 1,000 kes sejak 9 Feb lalu yang merekodkan 862 kes.

Sementara itu, 13 lagi kematian direkod hari ini, menjadikan jumlah keseluruhan korban yang diragut wabak ini di Malaysia seramai 1,043 nyawa.