Covid-19: 375 kes baharu, 5 kematian di Sabah
  • 4 years ago
Sebanyak 375 kes baru Covid-19 dicatatkan hari ini, termasuk empat kes import.

Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah pada taklimat medianya secara maya di Facebook berkata, Sabah kekal sebagai negeri yang masih mencatatkan peningkatan kes tertinggi iaitu sebanyak 271 kes.

Ia diikuti dengan Selangor (36 kes), Kedah (16 ), Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Labuan (masing-masing10), Sarawak (6), Johor, Perak dan Terengganu (masing-masing 5), dan Putrajaya (masing-masing 2) manakala satu kes di Melaka dan Pulau Pinang.

Jumlah kes keseluruhan kini sebanyak 14,368 dengan 3,703 kes aktif.