Covid-19: 629 kes baharu, kes aktif cecah 6,000
  • 4 years ago
Sebanyak enam lagi kematian dan 629 kes baru Covid-19 direkodkan setakat jam 12 tengah hari tadi, maklum Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah.

Kes aktif dengan kebolehjangkitan pula melonjak menjadi 6,329 kes pada hari kesebelas peningkatan rekod tertinggi baru.

Sementara itu, terdapat 99 pesakit sedang dirwat di unit rawatan rapi (ICU) manakala 31 pesakit memerlukan bantuan alat pernafasan, katanya pada sidang media harian yang disiarkan secara langsung melalui Facebook KKM.

Pecahan kes antaranya, Sabah (489), Selangor (50), PP (33), Labuan (19), KL (10), Perak (9).