Korban Covid-19 boleh cecah 26 ribu kes menjelang Sept - Kajian
  • 3 years ago
Satu kajian mendapati jumlah kematian berkaitan Covid-19 di negara ini berkemungkinan mencapai 26,000 kes menjelang September berdasarkan unjuran semasa.

Perkara itu dinyatakan oleh Ahli Majlis Sains Pertubuhan Kesihatan Sedunia, Profesor Dr Adeeba Kamarulzaman dalam program anjuran Sinar Harian semalam.

Katanya, kajian oleh Institute for Health Metric and Evaluation, University of Washington itu juga menganggarkan kadar kematian harian akan mencecah 200 kes menjelang akhir Ogos.

Laporan lanjut: https://www.malaysiakini.com/news/577319