Kes rasuah ratusan ribu: JPJ lapor pihak berkuasa

  • 4 years ago
Berikutan pendedahan Malaysiakini mengenai kes rasuah yang berlaku dalam Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Jabatan itu mengumumkan akan membuat laporan kepada pihak berkaitan mengenai isu itu.

Dalam satu kenyataan, JPJ bersedia mengambil tindakan disiplin dan membuang kakitangan yang didapati melakukan rasuah.

Malaysiakini sebelum ini melaporkan kegiatan rasuah di industri lojistik tempatan tidak berkurang walaupun tangkapan besar-besaran dilakukan ke atas kakitangan JPJ Pulau Pinang tahun lepas.

Beberapa bulan selepas tangkapan itu, kakitangan sebuah syarikat lojistik memberitahu masih ada kakitangan JPJ yang meminta bayaran rasuah.

Bayaran berjumlah sehingga ratusan ribu ringgit diberikan untuk membenarkan syarikat lojistik membawa barang lebih muatan atau menerima maklumat awal mengenai sebarang operasi JPJ.