Youtuber cuba bagi 10k luar Istana ditegur pihak berkuasa
  • 4 years ago
Seorang Youtuber Malaysia ditahan pihak berkuasa kerana cuba mengedarkan wang sebanyak RM10,000 kepada orang ramai di luar pagar Istana Negara semalam.

Isa Isarb, yang dikenali kerana sering melakukan prank atau gurauan di media sosial, telah memuat naik video sepanjang 7 minit di laman Facebooknya.

Menurut rakaman video tersebut, Isa dan rakan-rakannya dikatakan mahu membuat kempen ksedaran mengenai anti-rasuah.

Bagaimanapun, mereka dihampiri oleh beberapa orang pegawai polis dan meminta mereka beredar.

Selepas meninggalkan Istana Negara, kereta mereka turut diekori oleh kereta pihak berkuasa.

Video yang telah mendapat tontonan lebih 258,000 orang dikecam oleh netizen kerana disifatkan tidak menghormati Istana Negara dan mencari perhatian.