'Segera lapor pihak berkuasa jika rasa wujud salah guna kuasa' - Mukhriz
  • 3 years ago
Mukhriz Mahathir menggesa Menteri Besar Kedah Muhammad Sanusi Md Nor segera membuat laporan kepada pihak berkuasa berhubung isu pemindahan wang RM13 juta milik Perbadanan Menteri Besar Kedah (MBI) baru-baru ini.

Kata Mukhriz langkah itu wajar diambil Sanusi jika menteri besar terbabit berpendapat wujud amalan salah guna kuasa semasa proses tersebut dilakukan.