Pulangkan telefon Rafizi, pihak berkuasa harus soal Latiff - Anwar
  • 2 years ago
Pihak berkuasa harus menyoal menteri yang terlibat dalam isu kapal tempur pesisir (LCS) dan bukan timbalan presiden PKR, Rafizi Ramli yang hanya berkongsi pandangan, kata Anwar Ibrahim.

Presiden PKR itu mengulas kenyataan Ketua Polis Negara Acryl Sani Abdullah Sani bahawa pihak polis menyimpan telefon bimbit Rafizi sebagai sebahagian proses siasatan.