Kes Covid-19 cecah 4,000, dua lagi kematian dilaporkan
  • 4 years ago
Malaysia mencatatkan dua lagi kematian akibat jangkitan Covid-19, menjadikan jumlah keseluruhan yang terkorban akibat wabak itu sebanyak 65.

Dalam sidang medianya hari ini, Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata 166 pesakit pulih dan dibenarkan keluar hospital, menjadikan jumlah keseluruhan yang sudah sembuh 1,487, iaitu 36.1 peratus daripada keseluruhan kes.

Sebanyak 156 kes baru turut dilaporkan setakat tengah hari tadi, menjadikan jumlah keseluruhan 4,119 kes.

Sebanyak 76 pesakit dalam Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan 45 pesakit perlukan bantuan pernafasan.