Covid-19_ 2,720 kes baharu, 5,718 kes sembuh
  • 3 years ago
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan sebanyak 2,720 kes baru Covid-19 yang dicatatkan setakat tengah hari tadi.

Sebanyak lapan kematian baru turut dilaporkan, menjadikan jumlah keseluruhan korban akibat wabak itu adalah 983.

Sementara itu kes sembuh terus melebihi kes baru apabila 5,718 lagi pesakit disahkan sembuh hari ini

Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes yang pernah direkodkan adalah 269,165 kes, dengan 44,129 kes aktif ketika ini.