Covid-19_ 1,109 kes baru, 1,148 kes sembuh
  • 3 years ago
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengumumkan sebanyak 1,109 kes baru Covid-19 dicatatkan hari ini dimana 10 daripadanya adalah kes impot.

Kes baru dicatatkan di semua negeri kecuali Perlis, Terengganu, Melaka dan Sarawak.

Setakat tengah hari ini, jumlah kes aktif di Malaysia adalah sebanyak 11,307 kes.

Sementara itu, Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah mengumumkan jumlah kes sembuh di negara ini telah mencecah lebih 50 ribu kes apabila 1,148 kes lagi disahkan sembuh hari ini.

Dua lagi kematian dilaporkan hari ini menjadikan jumlah kematian mencecah 350 kes.