Pecah rekod lagi_ 2,593 kes baharu Covid-19, 4 kematian
  • 3 years ago
Malaysia merekodkan kes harian baru Covid-19 tertinggi sejak pandemik itu melanda negara dengan 2,593 kes hari ini.

Sebelum ini, jangkitan kes baru tertinggi adalah pada 26 Disember tahun lalu dengan 2,335 kes.

Perangkaan hari ini sekali gus menyaksikan jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan kini berada pada 24,347 kes manakala jumlah keseluruhan pada 125,438.

Empat lagi kematian baru diumumkan hari ini menjadikan kes kematian mencecah 513 kes