Pecah rekod lagi - 3,337 kes baharu, 15 korban
  • 3 years ago
Kes Covid-19 di Malaysia melonjak naik apabila 3,337 kes baharu dicatatkan hari ini.

Ini merupakan rekod baru untuk kes jangkitan harian tertinggi di Malaysia.

Selangor mencatatkan jumlah kes jangkitan tertinggi iaitu 1,036 kes diikuti oleh Johor 460 kes dan Sabah 389 kes.

Perkembangan itu menjadikan kes aktif di Malaysia sebanyak 32,377 kes.

15 lagi kematian direkodkan menjadikan jumlah keseluruhan kes kematian mencecah 578 kes.