Covid-19: 3 lagi meninggal dunia, 165 pulih, 184 kes baru
  • 4 years ago
Kementerian Kesihatan memaklumkan sebanyak 184 kes baru Covid-19 yang dilaporkan setakat pukul 12 tengah hari ini, berbanding 165 kes pulih.

Ini bermakna jumlah kes baru melebihi jumlah kes pulih, selepas keadaan sebaliknya untuk tiga hari sebelum ini.

Selain itu, Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan tiga lagi pesakit meninggal dunia akibat wabak itu, menjadikan jumlah kematian kepada 73.

Setakat ini, katanya, jumlah keseluruhan kes adalah 4,530, dengan 1,995 kes telah pulih sepenuhnya.

https://www.malaysiakini.com/news/520099