Covid-19: 3,211 kes baharu, 8 lagi korban
  • 3 years ago
Kes Covid-19 di Malaysia kekal empat angka apabila 3,211 kes baharu dicatatkan hari ini .

Selangor mencatatkan jumlah kes jangkitan tertinggi iaitu 889 kes, diikuti oleh Johor 535 kes dan Sabah 514 kes

Perkembangan itu menjadikan kes aktif di Malaysia sebanyak 35,253 kes

Sementara itu, seramai 1,939 lagi pesakit disahkan sembuh hari ini

Lapan kematian direkodkan menjadikan jumlah keseluruhan kes kematian mencecah 586 kes