Covid-19: Enam korban, 68 di ICU, 354 kes baru
  • 4 years ago
Jumlah kes baru Covid-19 setakat 12 tengah hari ini adalah sebanyak 354 kes, maklum Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah.

Sementara itu, 68 pesakit sedang dirawat di ICU dengan 25 kes memerlukan alat bantuan pernafasahn

Enam korban pula direkodkan di Sabah menjadikan jumlah kematian keseluruhan sebanyak 152 kes.

Dalam pada itu, 274 kes baru (77.4 peratus) yang dikesan di Sabah disebabkan pertambahan saringan di tujuh daerah di bawah PKPB.