Covid-19- Lima kes baru, lapan dirawat di ICU

  • 4 years ago
Kementerian Kesihatan memaklumkan lima lagi kes baru Covid-19 dilaporkan setakat tengah hari tadi menjadikan jumlah kes aktif kini adalah sebanyak 177 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah turut memaklumkan terdapat lapan kes positif Covid-19 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), di mana enam kes memerlukan bantuan pernafasan.

Daripada lima kes baru yang dikesan, dua kes merupakan kes import melibatkan warganegara yang telah mendapat jangkitan di Filipina dan Mesir.

Kesemua tiga kes penularan di dalam negara adalah di kalangan warganegara Malaysia di Melaka iaitu dua kes saringan pra pembedahan di Hospital Angkatan Tentera Kem Terendak dan satu kes saringan bergejala di Hospital Angkatan Tentera Kem Terendak.