Covid-19: 172 kes baru dan empat kematian dicatatkan
  • 4 years ago
Empat lagi kematian berhubung kes Covid-19 dicatatkan hari ini menjadikan jumlah kematian sebanyak 19 orang, kata Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan Malaysia, Dr Noor Hisham Abdullah.

Beliau menambah bahawa jumlah kes Covid-19 setakat tengah hari tadi adalah 1,796 kes seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri Muhyiddin Yassin pada jam 1 petang tadi.

Dr Noor Hisham turut mengumumkan sebanyak 172 kes baru dicatatkan.

Daripada jumlah kes baru itu, 71 telah dikesan berasal dari kluster kumpulan tabligh di Sri Petaling , Kuala Lumpur yang berhimpun lewat bulan lalu.

Dr Noor Hisham berkata sumber jangkitan bagi kes selebihnya iaitu sebanyak 101 masih disiasat.