Inspektor didakwa rogol, cuba cabul dua wanita Mongolia ketika PKP

  • 4 years ago
Pegawai polis berpangkat Inspektor yang dituduh memperdagangkan dua wanita Mongolia semalam, sekali lagi didakwa di Mahkamah Sesyen Petaling Jaya hari ini atas lapan pertuduhan rogol dan satu tuduhan cubaan cabul mangsa sama.

Hazrul Hizham Ghazali, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan ke atasnya dibacakan di hadapan Hakim Norshila Kamaruddin.