Suspek cabul wanita tepi jalan dicekup

  • 6 years ago
Seorang suspek ditahan polis kerana mencabul kehormatan seorang wanita di Jalan Kuningan Datuk, Beji Depok, dekat Jakarta, Khamis lalu.

Memetik Tribun News, Jurucakap polis Depok, Kholis Aryana berkata lelaki itu ditahan pada Isnin, selepas polis berjaya mengesannya melalui nombor pendaftaran motosikal hasil rakaman CCTV yang tukar di media sosial.

Katanya, lelaki itu memberi alasan bahawa tindakannya itu hanya 'suka-suka'.

Dalam kejadian 2.30 petang Khamis lalu, wanita yang berusia 22 tahun itu sedang berjalan apabila seorang lelaki bermotosikal datang dari arah belakang dan meramas payudaranya.

Berang dengan kejadian itu, wanita terbabit berusaha mendapatkan rakaman CCTV dari rumah berhampiran dan menyiarkan di Facebook sehingga tular dan membuat laporan polis.