Polis tahan wanita hina, ugut petugas sekatan jalan raya

  • 3 years ago
Polis menahan seorang wanita berusia 36 tahun berhubung beberapa hantaran Facebook yang menggunakan "perkataan kesat dan berunsur ugutan" terhadap petugas sekatan jalan raya.

Ini selepas satu laporan polis dibuat kepada beberapa hantaran tular daripada akaun Facebook atas nama "Diana Mat" pada hari sama.