Video wanita rebah ketika solat tarawih, hanya pitam bukan meninggal

  • 8 years ago
Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) saf wanita ketika solat tarawih di sebuah Masjid di Melaka viral apabila salah seorang jemaahnya rebah dan didakwa meninggal dunia selepas itu.

Rakaman berdurasi 51 saat itu memaparkan beberapa jemaah wanita lain membatalkan solat dan segera membantu wanita berkenaan.

Namun perkara tersebut dinafikan oleh Imam masjid berkenaan yang mengatakan bahawa jemaah wanita terbabit meneruskan solat tarawih selepas tidak sedarkan diri beberapa saat.