Bukan hanya sayur, nelayan juga terpaksa buang ikan

  • 4 years ago
Sekatan waktu operasi pasar awam – susulan perintah kawalan pergerakan (PKP) - didakwa bukan hanya mengancam rantaian bekalan sayur dan makanan mentah, malah kepada sektor perikanan juga.

Menurut Pengerusi Persatuan Perusahaan Ikan Malaysia, Chia Tian Hee, kerugian nelayan hampir mencecah jutaan ringgit dan mereka terpaksa membuang ikan kerana penutupan pasar dan kurang sambutan orang ramai.

Sementara itu, Chia turut mengulas susulan video tular pembuangan ikan yang berlaku di Perak pada 21 Mac lalu. Jelasnya, kilang perikanan tersebut diarah tutup oleh pihak berkuasa dan menyebabkan banyak hasil ikan terpaksa buang.

Bagaimanapun, katanya, perkara tersebut dapat diselesaikan selepas pihaknya membuat laporan di Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Perak.