Anwar kongsi pengalaman ketika di penjara, minta rakyat bertenang PKP
  • 4 years ago
Presiden PKR Anwar Ibrahim berkongsi bagaimana cara beliau mengatasi kebosanan dan mengisi masa lapang ketika dipenjarakan.

Perkara itu dikongsi dalam siaran langsung di Facebook beliau malam tadi susulan perintah kawalan pergerakan (PKP) sempena musim Covid-19.

Mendedahkan “jadual ketatnya” di Penjara Sungai Buloh, Anwar berkata beliau memastikan habis membaca satu buku dalam tempoh dua hari, menghafal al-Quran dan bersenam antara 45 minit hingga satu jam sehari.

“Jadi badan saya tidak akan lemah,” kata anggota parlimen Port Dickson.
Recommended