KWK saran wanita bersolek di rumah, tiru nada Doraemon elak bergaduh suami isteri sepanjang PKP
  • 4 years ago
Sepanjang pelaksanaan perintah kawalan pergerakan (PKP), Kementerian Wanita dan Keluarga (KWK) ada menyediakan tips buat kaum isteri, baik suri rumah atau pun mereka yang bekerja dari rumah.

Dalam siri hantaran di Instagram rasminya semalam, kementerian itu menasihatkan kaum wanita agar bertolak-ansur, dan tidak bergaduh atau menyindir pasangan masing-masing, termasuklah ketika meminta mereka membuat kerja-kerja di rumah.

Antara tips lain ialah "Jika melihat pasangan melakukan sesuatu yang bercanggah dengan kehendak kita, elakkan dari berleter. Sebaliknya gunakan perkataan ‘humorous’ dan tiru nada Doremon dan diikuti dengan gelak manja.

Siri tips itu adalah sebahagian daripada kempen mengelakkan pergaduhan suami dan isteri di rumah sepanjang tempoh PKP.

Bagi wanita yang bekerja dari rumah semasa PKP pula, Kementerian itu turut menasihati wanita agar bertatahias seperti biasa, bersolek dan berpakaian kemas sepanjang di rumah.

Dan elak pakai pakaian rumah.

Selain itu, ia juga mencadangkan kawasan yang mungkin boleh digunakan untuk bekerja seperti di meja makan, dapur dan ruang tamu.