Kehidupan orang tanpa kerakyatan yang anda tidak tahu di Malaysia

  • 4 years ago
Adakah anda tahu bahawa sesetengah pendatang tanpa izin yang dilahirkan di Malaysia, masih tidak boleh memiliki sijil kelahiran. Kenapa mereka masih tidak mendapat kerakyatan Malaysia? Adakah mereka mempunyai peluang untuk mengubah nasib mereka?

Krew KiniTV mendekati mereka di Pulau Berhala, Sabah, sebuah pulau kecil yang indah terletak kira-kira 45 minit dari bandar Sandakan dengan menaiki bot.

Di situ, terdapat sebahagian besar kanak-kanak tanpa kerakyatan Malaysia yang tidak bersekolah dan mereka hanya mengemis di jalanan.

Diskriminasi, ketakutan dan salah faham menjadikan masyarakat kita buta terhadap kehidupan orang tanpa kerakyatan.

Tetapi, sama ada masyarakat kita bersedia atau tidak berhadapan dengan mereka, mereka sebenarnya masih wujud di zaman moden ini. Mari kita fahami kisah orang-orang tanpa kerakyatan ini.

Recommended