Keadilan pada pelaku, yang "detail" lain saya tidak tahu
  • 5 years ago
Presiden PKR Anwar Ibrahim terkejut dengan penahanan beberapa ahli PKR semalam dalam siasatan terhadap video seks sejenis mirip menteri.
Anwar berkata dia hanya tahu mengenai penahanan itu menerusi laporan media.

“Saya terkejut dan saya tidak tahu kenapa dia ditahan, mungkin polis ada sebabnya dan biarlah siasatan dijalankan,” katanya pada sidang media di Parlimen hari ini.

Semalam, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Huzir Mohamed berkata, polis menahan 3 ahli PKR dalam siasatan ke atas video seks sejenis mirip seorang menteri itu, tetapi enggan mendedahkan identiti mereka.
Recommended