Teliti isu kerakyatan anak lahir luar negara oleh wanita Malaysia - Dr Zul

  • 2 years ago
Senator Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri menggesa kerajaan untuk meneliti kembali isu kerakyatan anak yang dilahirkan di luar negara oleh ibu warga Malaysia yang berkahwin dengan bapa warga asing.

Semasa membahaskan perkara itu di Dewan Negara semalam, bekas menteri agama itu berkata perkara itu perlu dilihat secara holistik termasuk mempertimbangkan kedudukan wanita khususnya ibu dalam Islam.

Dalam ciapannya di Twitter semalam, Dr Zulkfli berkata walaupun undang-undang berhubung perkara itu telah ditetapkan namun dalam Islam wanita mempunyai hak untuk mempertahankan kerakyatan anak-anaknya.

Recommended