Anak lahir luar negara oleh ibu warga Malaysia tak layak dapat kerakyatan - Mahkamah

  • 2 years ago
Mahkamah Rayuan hari ini membatalkan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 2021 bahawa ibu warga Malaysia mempunyai hak yang sama seperti bapa warga Malaysia untuk memberikan kerakyatan melalui kuat kuasa undang-undang kepada anak yang dilahirkan di luar negara.

Dalam keputusan majoriti dua-satu, panel tiga hakim membenarkan rayuan tiga perayu - kerajaan, menteri dalam negeri dan ketua pengarah Jabatan Pendaftaran.

Responden dalam kes sebelum ini merupakan enam ibu warga Malaysia dan kumpulan hak keluarga Family Frontiers (FF).

Dalam sidang medianya, peguam yang mewakili FF berkata pihaknya akan membuat rayuan ke Mahkamah Persekutuan berhubung keputusan hari ini.