Hukuman mati "Doktor Ganja", menteri kata tunggu keputusan mahkamah rayuan dulu
  • 4 years ago
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Liew Vui Keong berkata kerajaan akan menunggu keputusan Mahkamah Rayuan sebelum mengambil langkah lanjut mengenai Muhammad Lukman Mohamad yang lebih dikenali sebagai “Doktor Ganja” yang dijatuhkan hukuman mati.

Sebelum ini, mahkamah tinggi Shah Alam mendapati Muhammad Lukman bersalah atas tiga pertuduhan mengedar 3,010 mililiter delta 9 tetrahydrocannabinol (ekstrak kanabis), 1,422 gram delta 9 tetrahydrocannabinol dan 279.81 gram kanabis pada Ogos tahun lalu.

Lukman, 30 tahun bapa kepada seorang anak dituduh melakukan kesalahan itu di sebuah rumah di Bandar Mahkota, Banting pada 6.45 petang 7 Disember 2015.

Dia didapati bersalah di bawah Akta Dadah Berbahaya 1952.