'Sekiranya anda tidak bekerja, anda akan reput' - Dr Mahathir

  • 4 years ago
Bekas perdana menteri, Dr Mahathir Mohamad pagi ini telah memuat naik satu video Tik Tok di laman Facebooknya.

Video itu turut disertai kapsyen '...sekiranya anda tidak bekerja, anda akan reput' yang menunjukkan Dr Mahathir tiba di pejabatnya di Yayasan Kepimpinan Perdana, Putrajaya.

Bekas pengerusi Bersatu itu memang dikenali sebagai seorang yang kuat bekerja walaupun telah mencecah umur 95 tahun.