Ekonomi tidak akan pulih serta-merta, akan ambil masa: Dr M
  • 4 years ago
Bekas perdana menteri, Dr Mahathir Mohamad hari ini menyatakan pemulihan ekonomi selepas wabak Covid-19 akan mengambil masa.

Dalam satu sesi borak santai di Facebook, beliau berkata ia bergantung bagaimana kita mengawal penyebaran wabak tersebut bagi kembali menjalankan kegiatan ekonomi.

Bagaimanapun beliau menyatakan, banyak perubahan dari segi cara kerja yang berlaku ketika wabak ini berlaku dan kita harus mengekalkan dan menambahbaik perubahan-perubahan tersebut.