Haziq digantung tugas serta-merta
  • 5 years ago
Haziq Abdullah Abdul Aziz yang mendakwa terlibat dalam aksi lucah bersama Menteri Hal Ehwal Ekonomi Mohamed Azmin Ali telah digantung tugas-tugasnya sebagai setiausaha sulit kanan kepada timbalan menteri industri utama berkuatkuasa serta merta.

Menurut timbalan menteri itu, Shamsul Iskandar Md Akin surat tunjuk sebab telah dikeluarkan dan Haziq mesti menjawapnya dalam tempoh tiga hari bermula 12 Jun lalu

“Kementerian tidak teragak-agak untuk menamatkan kontrak perkhidmatan beliau secara serta-merta jika tiada sebarang maklum balas diterima dalam tempoh yang diberikan,” katanya pada sidang media hari ini di Putrajaya.

Azmin menafikan perkara itu, mendakwa terdapat komplot untuk menjatuhkannya serta mengancam untuk mengambil tindakan undang-undang.

Shamsul berkata, keputusan itu diambil memandangkan beliau memandang serius berhubung “perkembangan terkini” melibatkan pegawainya di kementerian tersebut dan menolak sebarang politik kotor.