PM- PRU selepas Covid-19 dan usaha pulih ekonomi selesai
  • 3 years ago
Pilihan raya umum boleh diadakan sebaik sahaja pandemik Covid-19 pulih dan usaha memulihkan ekonomi selesai, kata Perdana Menteri Muhyiddin Yassin.

Muhyiddin berkata demikian dalam temubual khas bersama Bernama dan stesen televisyen tempatan lain di Putrajaya hari ini, menjelang pembentangan Belanjawan 2021.

Sementara itu Muhyiddin menyatakan harapan agar semua Ahli Parlimen termasuk dari blok pembangkang untuk menyokong Belanjawan 2021 yang akan dibentangkan di Parlimen Jumaat ini.