Musa tak jawab ketika ditanya sekiranya akan kempen untuk PN

  • 4 years ago
Bekas ketua menteri Sabah, Musa Aman tidak menjawab apabila ditanya sekiranya kehadiran beliau di majlis perdana menteri, Muhyiddin Yassin pagi ini sebagai sokongan terhadap Perikatan Nasional dan akan berkempen untuk gabungan itu.

Terdahulu, Muhyiddin berterima kasih atas kehadiran Musa yang disifatkan sebagai sokongan terhadapnya dan Perikatan Nasional.

Keberadaan Musa sebelum ini menjadi persoalan apabila tidak menyerahkan borang pencalonannya di mana-mana pusat penamaan calon minggu lalu selepas tidak dicalonkan sebagai calon BN pada pilihan raya negeri kali ini.