Memoir Thomas: 'Tak tahu kenapa PH diam, biasanya orang bersalah dia diam'
  • last year
Perdana Menteri sementara Ismail Sabri Yaakob menyindir Pakatan Harapan kerana berdiam diri berhubung kes jenayah bekas peguam negara Tommy Thomas berkaitan memoirnya, 'My Story: Justice in the Wilderness'.

Beliay berkata demikian ketika diminta mengulas tindakan PH yang dikatakan menjarakkan diri daripada kes itu.

Ismail sebelum ini mengumumkan laporan siasatan Putrajaya terhadap buku Thomas akan dinyahklasifikasi berikutan keputusan yang dibuat kabinet pada 30 Sept lalu.