'Kalau dia kata orang Melayu tidak belajar, tidak belajar apa?'
  • 5 years ago
Presiden Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra) Ibrahim Ali enggan mengulas kenyataan bekas Ketua Hakim Negara, Tun Abdul Hamid Mohamad sebaliknya mempersoalkan kembali "orang Melayu tidak belajar apa?"

Baru-baru ini, Abdul Hamid menyindir penubuhan parti Putra yang menyifatkan “Melayu tak pernah belajar”.

“Jadi kalau dia kata orang Melayu tidak belajar, dia tidak belajar apa?

“Orang Melayu tidak belajar dengan cara DAP. Perpecahan dalam kalangan orang Melayu bukan disebabkan wujud banyak parti.

“Perpecahan dalam kalangan orang Melayu adalah kerana tidak puas hati terhadap kepimpinan daripada pelbagai parti politik,” tegasnya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Ahli Dewan Tertinggi Putra Kali Pertama di Hotel Putra pada Rabu.
Recommended