Tidak ada "wartawan cina", itu orang yang tulis, kata Redzuan
  • 5 years ago
Menteri Pembangunan Usahawan, Mohd Redzuan Md Yusof berkata tidak timbul isu "wartawan cina" kerana ia ditulis atau direkod oleh pihak lain.
Dia turut bertanya kepada wartawan kefahaman dalam satu sidang media hari ini, jika perlembagaan dan apa itu bangsa Malaysia itu difahami maka tidak timbul isu tentang bangsa dan kaum.

Redzuan memberitahu perlembagaan perlu difahami oleh semua rakyat Malaysia supaya tidak timbul isu perkauman. Baru-baru ini, seorang wartawan meminta Redzuan mengulas lebih lanjut berkenaan dakwaannya sebelum ini bahawa orang Melayu terlalu berkompromi mengikut kehendak rasis.