Premis tidak boleh tulis, simpan rekod suhu badan
  • 4 years ago
Mana-mana premis perniagaan tidak sepatutnya mencatatkan rekod suhu badan pelanggan sama ada dalam buku atau secara digital.

Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Zahidi Zainul Abidin berkata, penyimpanan rekod suhu badan pengunjung adalah bercanggah dengan tatacara pengendalian dan penyimpanan data peribadi yang ditetapkan kerajaan.

Selain itu, Gobind Singh Deo (PH-Puchong) bertanya sekiranya Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 terpakai kepada kerajaan persekutuan sekiranya data-data yang dikumpul dalam applikasi MySejahtera disalahgunakan.