Kalau 'Bossku' datang, apa dia nak ajar pada rakyat Sandakan? - Guan Eng
  • 5 years ago
Setiausaha Agung Lim Guan Eng mempersoalkan kehadiran bekas perdana menteri Najib Razak ke Sandakan dalam membantu kempen pilihan raya bagi calon PBS Linda Tsen, dan dilihat tidak malu sungguhpun kesnya terpalit dalam skandal 1MDB.

Kata Lim, walaupun tidak menghalang kedatangan Najib ke Sandakan, namun persoalannya apa yang boleh rakyat negeri itu dapat pelajari yang dibawanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas ceramah di SM Yu Yuan, Sandakan pada Khamis.