'Terpulang wakil rakyat nak datang atau tidak, biar rakyat nilaikan' - Annuar
  • 3 years ago
Terpulang kepada mana-mana ahli parlimen untuk hadir atau tidak ke sesi Dewan Rakyat kerana kehadiran mereka bukan sahaja direkodkan malah akan dinilai oleh penduduk di kawasan parlimen masing-masing, kata Menteri Wilayah Persekutuan Annuar Musa.

Annuar diminta mengulas tindakan pemimpin veteran Umno, Tengku Razaleigh Hamzah yang tidak akan turut serta dalam perbahasan Belanjawan 2021 selagi keabsahan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin dan kerajaan Perikatan Nasional (PN) tidak dibuktikan.

Sumber video: https://www.facebook.com/AnnuarMusa/videos/148407647007385